Kami menjual dan membekal kambing / biri biri , daging lembu timbang Karkas lengkap dan Susu. Kami juga menjual kambing / biri biri atau lembu dan kerbau hidup untuk majlis kenduri , akikah qurban. Susu lembu dan kambing timbang kilo max. Order 20 kg . Kami juga menjual cendawan tiram kelabu segar. Cari kami di ---> pkls at google || Pembekal Kambing Lembu Sepang | Pembekal Livestock | Group Penternak Kambing Lembu Malaysia - Service area Putrajaya, Malaysia Dengkil, Selangor, Malaysia Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia Kuala Lumpur International Airport, Sepang, Selangor, Malaysia

CERITA SEDIH SASHA.





Dua ekor kucing telah dihantar ke tempat perlindungan binatang oleh pemiliknya – perkara yang sering berlaku pada masa kini. Oleh sebab itulah, cerita ini harus diceritakan.
Kedua-dua ekor kucing ini masih muda, berumur kurang dari tiga tahun.  Seekor berwarna hitam dan seekor lagi berwarna hitam dan putih.  Kucing hitam dan putih ini menjadi terlalu takut dan menyendiri dalam tempoh yang lama.  Keadaannya membimbangkan.  Manakala kucing hitam lebih berkeyakinan dan manja. Dia kelihatan sihat .
Hampir dua bulan telah berlalu tetapi kedua-duanya masih belum diadopsi.  Mereka dipelihara oleh keluarga angkat sementara untuk jangkamasa yang pendek, kemudian dipulangkan semula ke tempat perlindungan binatang Katie.  Keluarga angkat sementara ini memaklumkan bahawa kucing-kucing tersebut  tidak makan sebegitu banyak seperti yang sepatutnya.  Oleh itu, pihak tempat perlindungan binatang membuat catatan untuk memantau cara pemakanan dan pembuangan kumbuhan mereka. Memandangkan terlalu banyak binatang yang keluar dan masuk, maka tindakan tersebut tidak mendatangkan hasil.  Sukar untuk menentukan bila makanan telah dimakan dan bila tempat pembuangan digunakan.  Benar, cara pemakanan dan pembuangan boleh diperhatikan secara tepat jika kucing itu diasingkan. Tetapi kucing merupakan binatang yang perlu bersosial.  Perasaan kesunyian dan kehilangan merupakan punca utama.  Dia memerlukan sekurang-kurangnya seekor kucing lain untuk ditidur bersama.
Tidak lama kemudian,  didapati kucing berwarna hitam dan putih lah yang tidak berselera untuk makan makanannya dan telah mengidap sakit kuning. Dia dihantar ke vet. Manakala, kucing hitam kelihatan sihat. Dia aktif dan amat mesra. Dia mengalu-alukan sesiapa yang datang dan kelihatan gembira bila diberi perhatian. Tetapi tidak lama kemudian, didapati dia juga tidak berselera untuk  makan.  Kucing merupakan binatang yang unik kerana mereka boleh tahan tanpa makanan dalam jangka masa yang lama. Bila kucing berhenti memakan, badan mereka akan menyerapkan lemak ke hati dimana bagi kucing, ianya bukan sesuatu yang baik untuk badan mereka.  Lemak yang disimpan didalam hati akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. Kucing akan mengidap sakit kuning dan mana-mana bahagian yang selalunya berwarna merah jambu atau putih akan menjadi warna kekuningan.  Namun ianya agak sukar untuk dikesan bagi kucing yang berwarna hitam.  Tidak lama kemudian, pekerja tempat perlindungan binatang mendapati terdapat warna kuning disekitar telinga dan mulut walaupun Kucing Hitam tersebut kelihatan bertenaga dan merengek manja bila diberi perhatian.
Dia kemudiannya dihantar ke vet dimana Kucing Hitam dan Putih berada, dia diberikan ubatan dan dipujuk untuk makan makanan.  Kucing Hitam dan Putih mulai sembuh. Tetapi tidak kepada Kucing Hitam tersebut. Penyakitnya telah menjadi terlalu parah untuk Kucing Hitam. Dia menjadi tidak bermaya dan pendiam. Dia tidak lagi dapat berdiri dan mengiaw bila  melihat orang yang datang. Tiada apa lagi yang dapat dibuat kecuali untuk mematikannya.  Dia telah menjadi kucing peliharaan tempat perlindungan binatang  Katie sehinggalah dia disuntik oleh Vet sambil kepalanya dipangku dan dibelai oleh seorang sukarelawan.
Setiap hari ada sahaja binatang peliharaan mati malah  boleh dikatakan  beribu-ribu banyaknya.  Ianya merupakan tragedi yang diterima oleh masyarakat  kerana jumlahnya yang sentiasa bertambah setiap hari.  Tetapi kematian kucing ini menyedihkan kita kerana dia telah berusaha kuat untuk mendapat perhatian.  Sasha baru berumur dua tahun setengah. Dia adalah kucing hitam yang hanya ingin meminta sesiapa yang dia lihat untuk memberikan sedikit perhatian. Hanya sesetengah orang sahaja yag  membelai dan menyentuh kepalanya tapi kebanyakannya tidak mengambil endah. Terlalu banyak  kucing-kucing  lain yang inginkan perhatian yang sama. Akhirnya, Sasha mengalah. Dia hilang selera dan berhenti makan.
Harapan dan keyakinan Sasha mati sebelum badannya mengalah kepada penyakit  tersebut. Tragedi ini berlaku akibat kepercayaannya telah dikhianati.  Tragedinya ialah tidak ada sesiapa pun mahu menerima kasih yang ditawarkan oleh Sasha. Tragedi bermula bila dia dilahirkan didunia dimana, terlalu banyak kucing-kucing hingga dianya menjadi tidak berharga dan ianya berlarutan sehingga dia menjadi  terlalu bergantung  kepada rumahnya,  yang  kemudian hilang secara tiba-tiba, waktu itu, dia belum pun cukup tiga tahun.
Cerita ini ditulis untuk Sasha dan semua binatang peliharaan yang kasih mereka tidak dibalas. Sekiranya cerita Sasha boleh menolong seekor binatang peliharaan , maka cerita ini menjadi kebaikkan untuknya.
Apa yang boleh anda buat:
1)      Mengkasi  binatang peliharaan. Terlalu banyak yang menantikan sebuah rumah  di tempat-tempat perlindungan binatang peliharaan.
2)      Mengambilkira jangka hayat binatang peliharaan sebelum memeliharanya. Mereka memerlukan komitment jangka panjang.
3)      Mengambilkira untuk mengambil  binatang peliharaan yang kelihatan biasa (Plain)  atau yang tua.  Anda akan mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
4)      Membuat kerja sukarela di tempat-tempat perlindungan binatang di kawasan anda. Anda boleh menyelamat satu nyawa.
Cerita ini diterjemah ke Bahasa Melayu dari Blog
Katie Place's Animal Shelter

No comments :

Post a Comment